Program Kempen Internet Selamat Di Sekolah Kebangsaan Felda Lui Timor

22 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

21 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti satu Program Kempen Internet Selamat Di di Sekolah Kebangsaan Felda Lui Timor.Program ini dianjurkan oleh NADI Kluster Jempol Utara dengan penyertaan seramai 74 orang murid Tahun 5 dan 6. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara menggunakan internet dengan lebih bijak dan selamat.

Dalam program ini, murid diperkenalkan dengan Modul Tahap 2: 10 – 12 tahun. Melalui modul ini, mereka belajar tentang had umur penggunaan media sosial, risiko dan ancaman yang wujud di alam maya serta kepentingan peranan ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak mereka. Aktiviti yang dijalankan sangat bermanfaat kerana ia membantu murid memahami bahawa internet bukan sekadar hiburan, tetapi juga mempunyai bahaya jika disalahgunakan.

Selain itu, program ini turut menyaksikan pelantikan Ikon K-DAT dalam kalangan murid dan guru. Ikon ini berperanan sebagai duta kecil yang akan menyebarkan mesej kesedaran mengenai keselamatan internet kepada rakan-rakan dan komuniti sekolah. Hal ini menjadikan usaha melindungi murid daripada bahaya siber lebih berkesan kerana mesej disampaikan oleh orang yang dekat dengan mereka.

Program ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan daripada petugas NADI yang hadir, antaranya ialah Puan Farra Hanim Binti Tajol Arus, Puan Nuryatul Binti Muhamad Nor, Puan Umi Rafidah Binti Puasa, Encik Azizan Bin Haji Talib dan Puan Zakiah Binti Bakri. Usaha mereka amat dihargai kerana memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu baru tentang keselamatan digital.

✨ Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama ✨

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali